fbpx

Nasihat Sonakshi sebagai wanita solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONAKHI SINHA

PELAKON Sonakshi Sinha meluahkan rasa jengkel terhadap rakan-rakannya yang sudah berkahwin dan bakal menjadi ibu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, pelakon berusia 34 tahun itu meminta supaya rakan-rakannya yang sudah berkahwin atau bakal bergelar ibu supaya bertenang dan tidak terlalu teruja dengan perkara tersebut.

“Boleh tak semua rakan-rakan saya (yang sudah berkahwin) supaya bertenang? Sama ada jika anda sudah berkahwin atau bakal melahirkan cahaya mata,” ujarnya.

Bagaimanapun, Sonakshi mendakwa dia tidak mempunyai maksud tidak baik memandangkan dia juga turut berkongsi perasaan gembira apabila ramai sahabatnya melangsungkan perkahwinan.

Aktres yang memulakan debut menerusi filem Dabangg itu turut memberikan ucapan selamat kepada aktres, Katrina Kaif yang berkahwin Jumaat lalu.

Sonakshi juga terfikir untuk mengakhiri zaman bujangnya. Solo dan tiada desakan untuk berkahwin, Sonakshi sebenarnya bahagia dengan hidupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI