fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 5 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penduduk di negeri Perak, Selangor, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan diberi amaran hujan serta ribut petir petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di negeri berkenaan sehingga pukul 8 malam ini.

“Di Perak, kawasan yang dijangka alami hujan lebat beserta ribut petir adalah Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Selangor kawasan yang telibat adalah Hulu Selangor dan Hulu Langat.

“Di Sarawak, cuaca sama turut diramal bagi kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu dan Limbang,” katanya di sini harini.

Tambah kenyataan itu, antara kawasan yang terjejas di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan,Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau).

“Selain itu, amaran cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan,” ujarnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI