fbpx

Bapa tiga anak bebas hukuman tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muthusamy (dua kanan) dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hari ini atas dakwaan menyebabkan kematian seorang pengawal keselamatan pada Disember 2017.

JOHOR BAHRU – Seorang bapa kepada tiga anak dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh pengawal keselamatan di Pasir Gudang, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu terhadap M.S. Muthusamy, 58, yang didakwa menyebabkan kematian mangsa, Ramli Jusoh, 54 di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang pada pukul 9 pagi hingga 10 pagi, 16 Disember 2017.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar berkata, mahkamah telah melihat dan meneliti bukti dipersembahkan sepanjang prosiding yang mana tertuduh merupakan individu terakhir yang dilihat bersama si mati.

“Walau bagaimanapun, mahkamah telah mempertingkatkan tempoh sepanjang 13 jam sebelum Ramli ditemui mati sebagai tempoh masa terlalu lama untuk mengaitkan tertuduh dalam jenayah tersebut.

“Pertemuan DNA yang tidak dikenali pada dua batang kayu yang mungkin digunakan sebagai senjata turut mempengaruhi keputusan mahkamah.

“Melihat kepada bukti secara keseluruhannya, pendakwaan dilihat gagal membuktikan kes prima facie bahawa tertuduh yang menyebabkan kecederaan sehingga mangsa maut,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI