fbpx

30 motosikal retro musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bengkel membaiki kenderaan dan aksesori yang menempatkan kira-kira 30 buah motosikal retro musnah dalam kebakaran semalam.

GERIK – Seorang pengusaha bengkel membaiki kenderaan dan aksesori berputih mata apabila kira-kira 30 motosikal retro koleksinya dan pelanggan musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Batu 2 di sini semalam.

Antara kenderaan yang musnah adalah Suzuki Panther TXR 150, Suzuki RGF 250, Honda Cub, Suzuki GSX 400 Katana, Suzuki GP100, Honda NSR 150, Honda CB400, Suzuki FXR150, Yamaha R1, Suzuki RGV 250 dan Suzuki X7 250.

Menurut Kamarul Hisham Zarizan, 46, dia mengetahui kebakaran melibatkan bengkelnya yang menempatkan kedai fonderi dan membaiki kusyen kereta itu pada pukul 8.30 malam.

Kamarul Hisham.

Katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, api sedang marak dan dia tidak sempat menyelamatkan motosikal mahupun peralatan di bengkelnya.

“Kebanyakan motosikal di bengkel itu adalah koleksi saya yang dikumpul 21 tahun lalu dan ada empat buah motosikal milik pelanggan untuk dibaiki.

“Motosikal itu kebanyakannya adalah koleksi jarang ditemui dan klasik di mana harga alat gantinya juga amat tinggi dan sukar diperolehi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Kamarul Hisham, kebakaran itu menyebabkan dia terpaksa lebih RM200,000 termasuk melibatkan motosikal pelanggan.

Katanya, dia bagaimana pun bersyukur kerana semua pelanggan memahami situasi dan tidak menyalahkannya atas apa yang berlaku. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI