fbpx

Selamat tinggal JDT – Cabrera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gonzalo Cabrera.

JOHOR BAHRU – Pemain sayap kiri, Gonzalo Cabrera muncul pemain pertama Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan meninggalkan kelab setelah berakhirnya saingan Liga Malaysia musim 2021 ini.

Perkara itu diumumkan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers semalam.

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan tidak akan menyambung kontrak pemain sayap kiri pasukan itu, Gonzalo Cabrera bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) dan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

Menerusi kenyataan itu, turut dimuat naik ucapan terima kasih kepada Cabrera atas jasanya sepanjang menyarung jersi Harimau Selatan sejak 2017.

“Ia pengalaman bersama yang akan sentiasa dikenang, memenangi pelbagai trofi dan menjaringkan begitu banyak gol untuk menjadi penjaring terbanyak kelab berkenaan.

“Cabrera menjaringkan 43 gol sepanjang bersama JDT dalam saingan Liga Super dan juga 66 gol dalam semua pertandingan menerusi 152 penampilan sejak musim 2017.

“Sudah tiba masanya untuk berpisah tapi ia penghormatan yang amat besar. Terima kasih sekali lagi untuk setiap detik yang indah dan kami ucapkan selamat maju jaya,” kata kenyataan itu.

Sepanjang kariernya bersama JDT, pemain berusia 32 tahun kelahiran Argentina itu membantu pasukan muncul juara liga sejak 2017 hingga 2021 manakala memenangi Piala Sumbangsih dari 2018 hingga 2021. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI