fbpx

Ismail Sabri, 63 anggota Kabinet isytihar harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. R. Santhara Kumar merupakan antara anggota Kabinet terkini yang mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Santhara Kumar menyerahkan pengisytiharan itu kepada SPRM pada 15 Jun lalu.

Laman itu juga memaparkan seramai 63 anggota Kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengisytiharkan pendapatan dan harta masing-masing.

Bagaimanapun, jumlah harta dan pendapatan mereka tidak dipaparkan.

Turut mengisytiharkan harta pada tahun ini ialah Setiausaha Politik Menteri Kanan Pendidikan, Mohd. Fahmi Mohd. Farid pada 11 Februari lalu.

Mohd. Fahmi merupakan Setiausaha Politik Datuk Dr. Radzi Jidin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI