fbpx

Gempa bumi 5.2 skala Richter landa Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedudukan Selatan Jawa, Indonesia yang dilanda gempa bumi sederhana.

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 skala Richter berlaku di Selatan Jawa, Indonesia pada pukul 1.46 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 9.8 darjah selatan dan 113.5 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

“Kejadian berlaku di 221 km Barat Daya dari Denpasar, Indonesia .

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian bencana alam itu,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI