PETALING JAYA – Tindakan seorang penghantar makanan didakwa mencuri bungkusan daripada sebuah syarikat penghantar barang mengundang padah apabila aksi itu berjaya dirakam.
Rakaman video yang dimuat naik di Facebook DashCam Malaysia memaparkan dua individu masing-masing menunggang motosikal tiba di pekarangan sebuah rumah untuk menghantar makanan dan bungkusan.
Lokasi sebenar kejadian itu bagaimanapun tidak dinyatakan.
Sebelum beredar, penghantar makanan tersebut mengambil bungkusan daripada motosikal pekerja syarikat berkenaan.
Rata-rata pengguna media sosial bengang dan kecewa dengan tindakan individu tersebut kerana tidak memikirkan pihak lain.
“Sama-sama tahu macam mana susah nak cari rezeki, tapi hanya pentingkan diri sendiri,” kata Hafiz Shariff.
“Parcel 9 bungkusan hilang, kena saman RM200 dan tanggung harga barang hilang, kesian ‘rider’,” komen Luo Junyi di ruangan komen.
“Apahal kau ni ? sama-sama ‘rider’ cari rezeki,” tulis Mohd Zaki pula. -K!ONLINE