fbpx

Industri halal dijangka menyumbang RM56 bilion KDNK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sumbangan industri halal terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dijangka meningkat sebanyak 8.1 peratus dengan nilai RM56 bilion pada tahun 2025

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong berkata, ia merupakan peningkatan berbanding sumbangan terhadap KDNK 6.6 peratus dengan nilai RM30.5 bilion tahun lalu.

Menurut beliau, jangkaan tahun 2025 itu berdasarkan pelbagai langkah dan usaha yang sedang dilaksanakan kerajaan bagi mempertingkatkan industri halal di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Industri halal dijangka menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) tentang projek dan program untuk meningkatkan daya saing industri halal bagi merebut peluang pasaran halal yang lebih besar.

Terdahulu, Ban Hong berkata, projek pembangunan industri halal yang dijalankan dibawah RMK12 termasuk projek pembangunan kompetensi modal insan dan pengetahuan sektoral halal.

Jelas beliau, kumpulan sasar bagi projek itu adalah bakat dalam industri halal dan juga institusi berkaitan industri halal negara.

“Jumlah peruntukan RMK12 untuk projek ini adalah RM10 juta dan RM100,000 telah diperuntukkan untuk tahun 2021,” katanya.

Tambah beliau, projek kedua adalah “Home Grown Halal Champion Sourcing Partnership” yang merangkui intervensi pembangunan kapasiti dan transformasi syarikat halal tempatan yang berdaya maju.

Kata beliau, jumlah peruntukan RMK12 untuk projek itu adalah RM6 juta dan RM1 juta telah diperuntukkan untuk tahun 2021. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI