KUCHING – Polis Sarawak mengeluarkan sebanyak enam kompaun berjumlah RM31,000 ekoran kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan kepada individu terlibat bagi kesalahan bermula 6 Disember hingga semalam.
“Kompaun berkenaan dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342).
“Dalam tempoh itu juga, sebanyak 39 kertas siasatan dibuka. Sebanyak 1,837 permohonan bagi mendapatkan permit diterima serta diluluskan kepada calon-calon dan parti bertanding di seluruh negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Sebelum ini,Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju dikenakan kompaun RM4,000 setelah didapati SOP PRN Sarawak.
Beliau yang bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian dikenakan kompaun bagi kesalahan semasa hari penamaan calon Isnin lalu. -K! ONLINE