fbpx

Sah Presiden Afrika Selatan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa berucap semasa upacara peringatan negara bekas Presiden Afrika Selatan FW de Klerk di gereja Groote Kerk di Cape Town pada 12 Disember lalu. - CNN

CAPE TOWN – Pejabat presiden Afrika Selatan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemimpin berkenan, Cyril Ramaphosa disahkan positif Covid-19 dengan gejala ringan dan sedang menerima rawatan, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Sehubungan itu, beliau telah menyerahkan semua tanggungjawabnya kepada Naib Presiden Afrika Selatan, David Mabuza untuk tempoh minggu hadapan.

Ramaphosa bagaimanapun ‘bersemangat’, manakala keadaannya  sedang dipantau oleh Perkhidmatan Kesihatan Tentera Afrika Selatan Pasukan Pertahanan Kebangsaan Afrika Selatan.

“Ramaphosa berkata bahawa jangkitannya sendiri bertindak sebagai amaran kepada semua orang di negara ini (Afrika Selatan) agar mendapat vaksinasi dan terus berwaspada supaya tidak terdedah kepada Covid-19. 

“Vaksinasi kekal sebagai kaedah perlindungan terbaik terhadap simptom Covid-19 yang  teruk dan kemasukan ke hospital,” kata kenyataan itu.

Afrika Selatan yang merupakan lokasi pertama di mana saintis mula mengesan varian Omicron baru-baru ini dilanda gelombang keempat wabak Covid-19. 

Kumpulan  pemantauan vaksinasi saluran berita CNN menyatakan, lebih 25 peratus penduduk Afrika Selatan telah divaksin sepenuhnya, dengan tambahan lima peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Ramaphosa yang telah lengkap divaksin baru-baru ini pulang daripada lawatan ke rantau Afrika Barat. Beliau diuji negatif untuk Covid-19 sekembalinya ke Johannesburg pada 8 Disember.

Presiden itu kini berada dalam kuarantin di Cape Town. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI