fbpx

Lelaki mandi ditemui lemas di Sungai Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengusung mayat mangsa yang lemas di Sungai Perak dekat Kampung Sawa, hari ini. /FOTO IHSAN JBPM PERAK

GERIK – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa mandi di Sungai Perak berdekatan Kampung Sawa di sini kelmarin, ditemui lemas hari ini.

Mayat Nabil Haikal Nazarrudin, 21, ditemui orang awam pada pukul 8.41 pagi kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa mandi bersama rakannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan setelah pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.44 petang, kelmarin.

Katanya, mengikut maklumat rakan si mati, mangsa yang bekerja membina jambatan di lokasi tersebut mandi di sungai itu bersama rakan lain sebelum dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa dihanyutkan arus kira-kira tiga kilometer dari lokasi kali terakhir dia dilihat sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI