fbpx

[VIDEO] Pemandu lori tangki pandu di lorong kecemasan dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah video tular menunjukkan sebuah lori tangki memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan.

PORT DICKSON – Sebuah lori tangki pula dikesan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan kenderaan seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular di laman Facebook semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 2 hingga 4 petang, Sabtu lalu di Kilometer 27-28 Lebuh Raya Seremban Port Dickson.

“Lori tangki itu dari arah Seremban ke Port Dickson dan semasa kejadian keadaan di lebuh raya sesak dengan kenderaan.

“Pihak polis telah mengesan lori tangki tersebut yang menggunakan nombor pendaftaran CEL 5916 yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat pengangkutan beralamat di Bukit Raja, Shah Alam di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam tular video berdurasi 16 saat di Facebook memaparkan sebuah lori tangki memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan.

Sehubungan itu, Aidi Sham berkata, pihaknya meminta pemandu atau pemilik kenderaan berkenaan hadir ke Balai Trafik Port Dickson untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan/Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI