fbpx

Deretan sembilan rumah, kedai musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Deretan kedai dan rumah yang musnah dijilat api di Kampung Baru Batu 2 dekat Gerik semalam. /FOTO IHSAN JBPM PERAK

GERIK – Deretan sembilan premis termasuk empat buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Batu 2, di sini semalam.

Kejadian pada pukul 8 malam itu bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, BBP Lenggong, BBP Pengkalan Hulu dan BBP Kuala Kangsar dengan kekuatan 38 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, ketika pihaknya sampai di lokasi, api sedang marak membakar sembilan deretan premis kedai dan rumah.

“Operasi memadamkan kebakaran segera dijalankan dengan menggunakan dua aliran air bersumberkan tangki jentera bomba dan pili bomba sebelum api dapat dikawal pada pukul 9.22 malam.

“Kebakaran membabitkan tiga rumah yang terbakar 90 peratus manakala sebuah lagi terbakar tiga peratus serta rumah kedai dua tingkat musnah terbakar 60 peratus.

“Turut musnah dalam kebakaran itu, sebuah kedai fonderi, aksesori kereta, kedai makan dan kedai membaiki jentera berat yang musnah 80 peratus,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi yang diketuai Ketua BBP Gerik, Azizan Aziz itu mengambil masa kira-kira lima jam sebelum ditamatkan pada pukul 1.20 pagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI