fbpx

Belum capai standard diinginkan Rangnick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO meledak gol tunggal perlawanan untuk memberikan kemenangan kepada United ketika menewaskan Norwich awal pagi semalam. – AFP

NORWICH – Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick me­ngakui kemenangan yang diraih pasukannya ketika menewaskan Norwich City 1-0 awal pagi semalam adalah kerana penjaga golnya, David De Gea.

Menurutnya, pasukan kendaliannya itu gagal mempamerkan aksi terbaik, namun kecekapan penjaga gawang dari Sepanyol itu menjadi penyumbang terbesar kepada kejayaan mereka meraih mata penuh pada perlawanan itu.

Jelas Rangnick, para pemainnya terutama jentera serangan gagal untuk mengekalkan tahap intensiti yang diperlukan oleh pasukan sambil memuji aksi yang dipamerkan oleh Norwich yang memaksa pasukannya be­kerja keras.

“Saya memberitahu Dean (Smith) bahawa cara Norwich bermain menunjukkan mereka tidak layak untuk berada di zon penyingkiran.

“Pada separuh masa kedua kami mula mempamerkan res­pons yang lebih baik tetapi kami masih memberikan ruang buat mereka untuk mencipta ­peluang, namun pada akhirnya kami perlu berterima kasih kepada De Gea kerana membantu pasukan memenangi perlawanan ini,” ­katanya.

Dalam pada itu, Rangnick mengakui bahawa barisan pemain di bahagian serangan melibatkan Cristiano Ronaldo, Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bruno Fernandes belum mencapai tahap permainan seperti yang diinginkannya.

“Bahasa badan, kepantasan dan tahap agresif di bahagian serangan belum cukup membuatkan saya gembira. Kami tidak menunjukkan cara permainan pantas seperti mana ketika menentang Crystal Palace sebelum ini.

“Menentang sebuah pasukan seperti Norwich, kami tidak mempunyai pilihan kecuali me­ngatasi mereka dengan kepantasan juga,” jelasnya.

Pada perlawanan tersebut, United berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi Ronaldo yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-75 selepas dia dijatuhkan oleh Max Aarons dalam kotak penalti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI