fbpx

Dua remaja Orang Asli terbunuh kemalangan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa dua remaja Orang Asli di Kilometer 31.5 Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Kampung Pasir Intan, Kota Tinggi, malam semalam.

KOTA TINGGI – Dua remaja berketurunan Orang Asli maut selepas terlibat dalam nahas motosikal berlaku di Kilometer 31.5 Jalan Kota Tinggi – Kluang berhampiran Kampung Pasir Intan, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihak polis menerima maklumat kejadian itu pada pukul 9.30 malam membabitkan motosikal jenis Honda EX5 dan sebuah motosikal jenis Demak 110.

Katanya kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal jenis Honda EX5 hilang kawalan dan telah memasuki laluan bertentangan lalu melanggar motosikal jenis Demak 110 secara berdepan.

“Siasatan awal mendapati mangsa berumur 13 tahun menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari Kota Tinggi menghala ke Kluang.

“Semasa sampai di lokasi kejadian iaitu kawasan jalan lurus dan gelap tanpa lampu, penunggang telah berlanggar dengan satu lagi mangsa lelaki berusia 15 tahun juga keturunan orang asli yang menunggang motosikal jenis Demak 110 yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat daripada kemalangan itu penunggang motosikal Honda EX5 mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan kaki telah meninggal dunia ditempat kejadian,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hussin berkata, manakala seorang lagi mangsa mengalami cedera parah pada bahagian kepala telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) oleh ambulans.

Bagaimanapun katanya mangsa kemudian disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di HKT.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar,”katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI