fbpx

Suntik vitamin C boleh rosak organ dalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian Dr. Gafoor mengenai pengambilan suntikan vitamin C.

PETALING JAYA – Pengambilan suntikan vitamin C semakin mendapat perhatian masyarakat terutamanya kaum wanita yang menginginkan kulit putih, gebu dan menawan sehingga sanggup menghabiskan duit untuk melakukan kaedah suntikan vitamin C.

Menerusi perkongsian video seorang Pakar Bedah Bariatrik, Dr. Abdul Gafoor Mubarak di media sosial berkata, pengambilan suntikan vitamin C perlu dikawal agar tidak memberi kesan yang lebih buruk terhadap kesihatan diri.

“Jika kita makan vitamin C dengan kuantiti yang banyak, ia tidak memberi sebarang kesan kepada kesihatan.

“Tapi jika kita mengambil suntikan vitamin C pada dos yang sangat tinggi, ia menjadi masalah,” katanya.

Jelasnya, amalan memakan vitamin C dan mengambilnya secara suntikan amatlah berbeza dan kesannya juga tidak sama.

“Makan vitamin C hanyalah sebahagian daripada apa yang kita makan akan diserap. Kalau kita makan 1,000 ml, mungkin 30 ke 40 peratus sahaja yang diserap dalam badan.

“Tapi kalau kita suntik pada badan, kebanyakannya akan melalui saluran badan pergi ke buah pinggang dan hati dan jika dalam dos yang banyak boleh merosakkan organ dalaman,” jelasnya.

Melalui komen pengikutnya, rata-rata orang ramai turut meninggalkan beberapa persoalan lain berhubung pengambilan vitamin C.

“Kalau kita makan vitamin C, ia beri kesan kepada penambahan berat badan tak atau menyebabkan kencing manis,” kata @user4009

“Pengambilan vitamin C yang mempunyai kolagen ada memberi kesan sampingan lain tak,” kata @Melati. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI