fbpx

Naluri ibu, sekali pandang dah tahu anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang lelaki menyamar sebagai pelayan restoran untuk membuat kejutan kepada keluarganya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki menyamar sebagai pelayan restoran untuk membuat kejutan kepada keluarganya tidak menjadi apabila ibunya dapat mengecam wajah anak kesayangannya itu.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit 58 saat yang dimuat naik oleh Hilmi Azlan di media sosial, ahli keluarga terutama ibu bapa pemuda tersebut kelihatan teruja apabila dapat bertemu dengan anaknya setelah sekian lama tidak dapat dapat berbuat demikian.

Hanya dengan sekali pandang, wanita itu sudah mengecam pelayan tersebut adalah anaknya dan terus memanggil nama Azlan.

“Kami sudah tahu Azlan akan datang ke sini untuk berjumpa dengan keluarga namun kami tidak beritahu mak ayahnya kerana mahu membuat kejutan,” kata salah seorang ahli keluarga Azlan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa gembira bercampur sebak memandangkan ada yang tidak dapat berjumpa ibu bapa masing-masing termasuk sudah meninggal dunia.

“Saya terharu menonton video ini, bersyukurlah kalian yang masih mempunyai ibu. Sayangilah ibumu, muliakanlah ibumu,” kata @kangbams.

“Rindu sewaktu dulu. Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan. Seiapa yang masih punya orang tua, sayangi mereka, rawat mereka selagi kalian masih bisa melihat senyumanya,” ujar @candra.

“Cemburunya saya. Al-fatihah buat mak dan ayah. Jagalah mereka sebaik mungkin,” jelas @zeyraa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI