fbpx

Mereka panggil saya Prince Mohamed – Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit beramah mesra bersama penduduk sekitar Pulau Cabo Frio di Rio De Janeiro - FOTO: IHSAN FACEBOOK EBIT LEW

PETALING JAYA – Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir kerja kebajikan, pendakwah terkenal Ebit Lew sekali lagi memuat naik sekeping gambar beliau bersama penduduk-penduduk di sekitar pulau di Brazil.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, lawatannya ke Pulau Cabo Fro di Rio De Janeiro mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat apabila kehadirannya disambut dengan senyuman di wajah mereka.

“Ramai senyum dan semua pusing pandang saya. Kami berkongsi rezeki dan berkasih sayang di kawasan pulau di Brazil,” tulisnya di Facebook hari ini.

Tambah Ebit, beliau terkejut apabila penduduk di sana memanggilnya dengan gelaran Prince Mohamed Salman.

“Paling terkejut mereka panggil Prince Mohamed Bin Salman. Gelak saya. Ramai kata mereka tidak pernah tengok orang macam saya sampai di sini,” katanya.

Jelasnya, penduduk di Pulau Cabo Fro sangat baik dan mereka akan senyum tanda menghormati kehadiran beliau dan pasukannya.

Selain itu, beliau turut berpesan bahawa semua kebaikan adalah daripada Allah SWT dan Nabi Muhammad mengajar umatnya apabila pergi ke mana-mana untuk sentiasa sebarkan salam, beri makan dan bangun malam untuk berdoa kebaikan buat orang lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI