fbpx

Angkara kamu terjun, Tasik Cermin ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan seorang lelaki didakwa terjun ke Tasik Cermin Ipoh yang menajdi tular di TikTok.

IPOH – Satu rakaman video seorang lelaki disyaki terjun ke Tasik Cermin di sini menjadi tular di aplikasi Tiktok sejak semalam.

Video berdurasi kira-kira 15 saat yang dimuat naik pemilik akaun bernama Syafiruzafiza tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen.

Ia memaparkan lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan seolah-olah dia sedang bermandi-manda di kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan pelancong di Ipoh.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan lelaki berkenaan memandangkan perbuatannya boleh menyebabkan kawasan rekreasi tersebut ditutup kepada pengunjung.

“Kalau tiada benda untuk diselamatkan dalam tasik itu, janganlah terjun. Elok nanti tempat ini jadi menarik nanti tukar jadi berhantu pula,” ujar seorang individu.

“Orang Ipoh pun tak ada nak buat macam itu, tak pasal tempat ini tutup nanti,” ujar Simpleedititon pula.

Sementara itu, pemilik akaun berkenaan memaklumkan dia juga masih tertanya-tanya sehingga hari ini kenapa lelaki berkenaan terjun ke dalam tasik tersebut.

Sehingga jam 10 malam ini video berkenaan mendapat lebih 320,000 tontonan dengan jumlah komen lebih 350.

Sementara itu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika dihubungi Kosmo! memaklumkan orang ramai tidak dibenarkan mandi di tasik tersebut manakala siasatan juga akan dilakukan bagi mengetahui kejadian berkenaan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI