fbpx

Warga emas maut kereta bertembung Toyota Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang membantu mengeluarkan mangsa di lokasi, petang tadi.

KUALA KANGSAR – Seorang wanita warga emas maut setelah kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Kuala Kangsar-Taman Makmur, dekat Sungai Siput petang tadi.

Identiti mangsa yang meninggal dunia disahkan sebagai Nafsiah Abdul Rahman, 63 tahun.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah Sungai Siput terbabas dan bertembung dengan kereta Proton Persona dinaiki lima sekeluarga dari arah Kuala Kangsar.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.04 petang.

Menurut jurucakap itu, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

“Seorang lelaki dewasa dipercayai pemandu kereta Proton Persona itu bersama dua perempuan dewasa dan seorang bayi lelaki cedera manakala penumpang wanita warga emas maut.

“Manakala pemandu Toyota Hilux iaitu seorang lelaki warga Indonesia hanya cedera ringan,” ujar jurucakap tersebut.

Pemandu kereta Proton Persona itu yang tersepit telah dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan kelengkapan khas.

Mangsa-mangsa lain termasuk warga emas yang maut bagaimana pun tidak tersepit dan mereka yang cedera telah diberikan rawatan kecemasan.

Kata lagi, kesemua mangsa termasuk warga emas yang meninggal dunia kemudian diserahkan kepada pihak polis dan petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI