fbpx

Ketua Polis Negeri Sembilan stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

Oleh NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, 57, yang terbabit dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Bentong, Pahang petang tadi, kini berada dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, Mohamad terbabit dalam kemalangan kira-kira pukul 1.40 tengah hari dan mengalami kecederaan patah bahu kiri.

Menurutnya, ketika kejadian, Mohamad berkonvoi bersama dua lagi pegawai polis.

“Beliau bagaimanapun terjatuh semasa menunggang motosikalnya.

“Selepas kemalangan itu, beliau dikejarkan Hospital Bentong sebelum dipindahkan ke Hospital KPJ Seremban di sini pada pukul 8 malam ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini malam tadi.

Zakaria berkata, Mohamad kini dalam keadaan stabil.

Difahamkan, semasa kejadian, Mohammad dalam perjalanan dari Bentong menghala ke Seremban.

Sumber berkata, kemalangan berkenaan tidak melibatkan kenderaan lain.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI