fbpx

Lebih 100,000 bekas tentera tidak sertai persatuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Hafidzah (tengah) ketika bertemu dengan Yang Dipertua PVATTBM, Che Russ Mamat (empat dari kanan) semasa Persidangan Perwakilan Tahunan PVATTBM Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) menggesa bekas tentera yang belum menyertai mana-mana persatuan bekas tentera agar menyertainya demi kebajikan dan masa depan mereka.

Wakil presidennya, Abdul Rani Aziz berkata, pihaknya percaya terdapat lebih 100,000 bekas tentera tidak berpencen gagal mendaftar termasuk ada yang dikesan hidup dalam kedaifan.

Katanya, tindakan tidak menyertai sebarang persatuan amat merugikan mereka sendiri yang mana akan tercicir daripada agihan bantuan yang disalurkan sama ada secara berterusan atau berkala.

“Ramai dalam kalangan bekas tentera dikategorikan sebagai asnaf dan keadaan mereka semakin terhimpit apabila tidak mendaftar dengan persatuan.

“Sepanjang berkhidmat, nyawa mereka diibaratkan sebutir peluru dan menjadi kerugian jika tidak menyertai persatuan selepas menamatkan khidmat kerana tidak semua yang ada kewangan yang stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan PVATTBM Negeri Kelantan Kali Ketiga 2021 di sini hari ini.

Persidangan itu dirasmikan oleh Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) kelantan, Dr. Hafidzah Mustakim. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI