fbpx

‘Ada yang bayar hampir 50 saman trafik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (tiga dari kanan) ketika membuat tinjauan di kaunter bayaran saman di IPD Kota Bharu hari ini. /FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Kebanyakan individu di Kelantan dikesan membantu membayar hampir 50 saman trafik yang dikirim oleh ahli keluarga dan rakan mereka sejak pengurangan kadar saman sehingga 80 peratus diumumkan sempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mereka menjelaskan antara satu hingga 50 saman selepas semakan dibuat sebelum membuat bayaran di kaunter di ibu pejabat polis daerah (IPD).

Menurutnya, setiap IPD di seluruh negeri ini akan berusaha menyelesaikan pembayaran saman trafik meskipun prosesnya berlarutan sehingga lewat malam.

“Tidak menjadi kesalahan untuk mereka membayar saman bagi pihak lain. Oleh itu, pesalah trafik yang berada di kawasan kompaun polis, kita akan selesaikan pembayaran saman trafik mereka meskipun kaunter ditutup pda pukul 4 petang.

“Saya harap orang ramai bersabar menunggu giliran masing-masing, jangan bimbang kita akan cuba selesaikan semua,” katanya ketika melakukan tinjauan di kaunter pembayaran saman di IPD Kota Bharu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, dalam tempoh dua hari daripada empat hari pengurangan kadar saman itu diumumkan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan telah berjaya mengutip sebanyak RM1.48 juta membabitkan 26,618 saman.

Katanya, tunggakan saman sepanjang tahun ini mencecah sebanyak 84,094 daripada 121,606 keseluruhan saman yang dikeluarkan dan sebanyak RM321,010 sudah dijelaskan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI