fbpx

UMNO Selangor tulis surat kepada Presiden Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (depan) ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) di sini hari ini. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

KUALA SELANGOR – UMNO Selangor telah menulis surat kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi menyatakan hasrat pihaknya untuk tidak bertembung sesama sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, keputusan itu dibuat bersandarkan fakta komposisi penduduk bumiputera dan bukan bumiputera negeri ini yang agak seimbang.

“Hasrat tersebut kita nyatakan pada Pas bagi mengelakkan pertembungan dengan parti tersebut di negeri ini hingga melibatkan tiga penjuru.

“Pada hakikatnya kita dan Pas di bawah Muafakat Nasional (MN) Selangor sehingga kini sentiasa berhubung dengan baik,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) di sini hari ini.

Noh berkata, sebelum menulis surat tersebut, beliau juga telah menemui Abdul Hadi secara peribadi dalam tahun ini bagi mempertahankan kerjasama kedua parti tersebut di negeri ini.

“Kita ingin mengelakkan pertembungan tiga penjuru kerana ia boleh menyebabkan kekalahan kepada parti disebabkan pecahan pengundi yang menyokong calon masing-masing.

“Kita dengan ini akan terus mempertahankan kerjasama dengan Pas untuk negeri Selangor. Kita tidak mahu bertembung hingga menyebabkan parti lain yang menang,” tegasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI