fbpx

Bola sepak sawah jadi tarikan baharu di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun turut beraksi dalam Pesta Bola Ngoca di Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah, hari ini.-FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

KUALA PILAH – Penganjuran acara bola sepak sawah berpotensi untuk menjadi tarikan baharu untuk orang ramai mengunjungi Negeri Sembilan khususnya daerah ini.

Ia selepas sebuah tapak aktiviti bola sawah dikenali sebagai Stadium Bola Ngoca dibina di Kampung Budaya Terachi di sini dan kejayaan penganjuran Pesta Bola Ngoca.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penyertaan menggalakkan sehingga 128 pasukan yang mengambil bahagian merupakan petanda baik untuk sukan itu dan beberapa sukan rakyat lain akan menjadi tarikan baharu di negeri ini.

“Ini merupakan petanda baik untuk Pesta Bola Ngoca ini diteruskan dan menjadi acara tahunan termasuk pertandingan memanjat tiang licin dan memukul bantal dan menangkap ikan.

“Semoga apa yang kami bangunkan akan menjadi tarikan rakyat setempat termasuk pelancong luar bagi melihat sendiri acara tradisi unik seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Bola Ngoca di Perkampungan Budaya Terachi, di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI