fbpx

KPDNHEP jangka harga ayam, sayur kembali stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSOL (depan) meninjau harga ayam yang dijual pada harga RM5 seekor sempena PJKM di pekarangan Masjid Daerah SPT, Bandar Perda di Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan harga barangan keperluan harian termasuk ayam dan sayur-sayuran akan kembali stabil dalam tempoh satu atau dua bulan lagi.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, ketika ini, trend harga terkini untuk barangan tersebut khususnya semakin menunjukkan tanda-tanda penurunan.

Katanya, antara faktor yang menjurus kepada penurunan harga itu termasuk cuaca di tempat pengeluaran sayur yang kembali pulih serta langkah yang diambil untuk kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk mengimport bekalan ayam dari luar negara.

Pada masa yang sama, ujar Rosol, Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang dilancarkan sejak 2 Disember lalu sebagai kaedah penyelesaian jangka pendek terhadap isu kenaikan harga barangan akan tetap diteruskan sehingga Mac tahun depan walaupun harga barangan sudah kembali stabil.

“Perancangan kita (pelaksanaan PJKM) ialah sehingga Mac tahun depan dan kalau ia (kenaikan harga barang) berterusan juga kerana kita akan menyambut hari raya pula (awal Mei), kita akan kembali pantau keadaan ini dari semasa ke semasa.

“Apa yang penting adalah rakyat tidak terkesan (dengan kenaikan harga barangan semasa),” katanya semasa sesi ‘walkabout’ PJKM di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI