fbpx

Ladang ayam punca serangan lalat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penduduk di Bentong terputus selera untuk makan akibat dihurung ribuan ekor lalat.

BENTONG – Tindakan segera perlu dilakukan termasuklah terhadap ladang penternakan ayam yang dipercayai menjadi punca ‘serangan’ lalat yang luar biasa di Kampung Lembah Jaya, Simpang Pelangai, di sini.

Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack berkata, masalah lalat yang dihadapi penduduk dipercayai berpunca dari ladang ternakan ayam itu amat serius yang bukan sahaja mengganggu keselesaan, malah memberikan risiko buruk terhadap kesihatan.

“Saya cuba melawat tempat ternakan ayam berkenaan dan mahu berjumpa dengan pihak pengurusannya baru-baru ini tetapi ia tidak buka, jadi saya akan bincangkan perkara ini de­ngan pegawai daerah.

“Saya lihat dengan mata sendiri, kalau rumah saya di sana saya tidak boleh hidup. Ini bukan main-main, ia penuh dengan lalat bukan sahaja di rumah tetapi di sekitar kampung, ia sangat serius kerana populasi bertambah dan lalat terus bertelur,” katanya.

LADANG ternakan ayam yang dikatakan menjadi punca serangan lalat di Kampung Lembah Jaya, Bentong.

Menurutnya, langkah penyelesaian segera dan tuntas perlu dilakukan memandangkan penduduk di kawasan itu telah lama menderita akibat ‘serangan’ lalat.

Katanya, punca kejadian perlu dikenal pasti dan dibasmi segera agar masalah itu tidak memberikan risiko kepada penduduk di kawasan tersebut.

Sementara itu, Kosmo! masih belum mendapat penjelasan da­ripada Jabatan Veterinar mengenai perkara ini yang difahamkan telah mendapat aduan daripada penduduk.

Akhbar ini semalam melaporkan, nikmat kehidupan dan ketenangan tinggal di kampung kini tidak lagi dirasai oleh kira-kira 300 penduduk di Kampung Lembah Jaya, Bentong gara-gara serangan lalat sejak dua tahun lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI