fbpx

Isteri sebak tak sempat naik pentas konvo bersama suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR SYAZANA (kanan) mengambil skrol buat dirinya dan arwah suami pada Konvokesyen PSA ke-22 di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Seorang graduan Diploma Kejuruteraan Awam terpaksa menahan sebak apabila terpaksa naik ke pentas konvokesyen bersendirian selain mewakili Allahyarham suaminya yang sepatutnya bergraduan bersamanya semalam.

Noor Syazana Marjuni, 37, adalah penerima pertama yang naik ke pentas pada sidang ke-12 maj­lis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) ke-22 di sini.

Beliau turut mengambil skrol bagi pihak suaminya, Mohd. Zaki Ismail yang meninggal dunia pada Februari lalu akibat kanser perut.

Noor Syazana yang mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.75, manakala arwah Mohd. Zaki mencatatkan PNGK 3.71 merupakan graduan bagi program separuh masa bagi Diploma Kejuruteraan Awam.

Kejayaan tersebut memboleh­kan pasangan suami isteri itu menerima Anugerah Pingat Ketua Jabatan yang disampaikan Pe­ngurus Besar Divisyen Korporat Sumber Manusia, Panasonic Appliance Air-Conditioning (M) Sdn. Bhd., Datuk Moktar Mohd. Salleh.

Noor Syazana ketika ditemui berkata, walaupun gembira dapat menamatkan pengajian, namun hatinya sedih apabila kegembiraan itu tidak dapat di­sambut bersama suaminya.

“Sepatutnya arwah ada bersama hari ini, saya sambung belajar pun sebenarnya kerana mahu menemankan dia.

“Cabaran utama kami sebelum ini adalah masa, sebab kami be­kerja. Jika hujung minggu orang lain pergi bercuti bersama keluarga, tapi saya meluangkan masa bersama suami di kelas dan membuat tugasan bersama-sama,” katanya.

Noor Syazana bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, manakala arwah suaminya seorang pengurus di sebuah syarikat swasta. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI