fbpx

Badang negara layak ke Komanwel 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNIL mencipta sensasi apabila meraih pingat emas kelayakan Sukan Komanwel 2022.

ATLET angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin tampil cemerlang pada Kejohanan Angkat Berat Dunia di Uzbekistan malam kelmarin apabila berada pada kedudukan kelima dalam kategori 61 kilogram (kg).

Aznil melakukan angkatan 120kg dalam kategori snatch sebelum mengangkat bebanan 153kg untuk acara clean and jerk sekali gus berjaya mencatat berat angkatan keseluruhan 273kg.

Hasil keputusan tersebut, atlet kelahiran Kedah itu berjaya merangkul pingat emas bagi kelayakan Sukan Komanwel 2022 yang turut diadakan serentak dengan Kejohanan Angkat Berat Dunia.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ayub Rahmat bersyukur atas kejayaan yang diraih Aznil pada kejohanan tersebut sekali gus memberi sinar buat kontinjen negara pada Sukan Komanwel di Birmingham tahun depan.

“Alhamdulillah Aznil ungguli kategori 61kg dalam saingan kelayakan Sukan Komanwel 2022. Dia berada di kedudukan kelima Kejohanan Angkat Berat Dunia yang dijalankan serentak dengan kelayakan Sukan Komanwel.

“Menerusi angkatan keseluruhan 273kg, dia berjaya membawa pulang pingat emas bagi kelayakan Sukan Komanwel. Sekarang, kita sudah mengesahkan tempat ke Sukan Komanwel 2022 dalam kategori 61kg,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sebagai rekod, Aznil boleh dianggap antara atlet yang menyerlah pada kejohanan tersebut kerana berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik daripada jumlah 16 peserta bertanding.

Pada edisi Sukan Komanwel 2018 yang berlangsung di Gold Coast, Australia, Aznil melakar kejutan apabila menyumbang pingat emas buat kontinjen negara menerusi kategori 62kg biarpun tidak diletakkan sebarang harapan sebelum temasya bermula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI