fbpx

Tukang rumah warga Indonesia maut digilis jentolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tukang rumah itu maut selepas digilis jentolak dalam kejadian hari ini. /FOTO IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang rumah maut selepas digilis jentolak di sebuah premis perniagaan di kilometer 29, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa Mursidi, 45, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa pemandu jentolak berusia 66 tahun yang juga merupakan supervisor sedang bekerja di dalam premis tersebut.

“Semasa proses pemindahan barangan, pemandu sedang mengundurkan jentolak dan dia dipercayai tidak tahu bahawa mangsa berada di belakang sebelah kanan jentolak lalu menggilisnya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mangsa sememangnya sering datang ke premis berkenaan bagi membeli barangan disebabkan pekerjaannya sebagai tukang rumah dan sudah lama mengenali pemandu jentolak berkenaan.

Menurutnya, semasa kejadian, pemandu jentolak sedang mengalihkan batu simen dan besi serta ternampak mangsa dari jauh dan memanggil mangsa, namun tidak menyedari mangsa sudah berada di belakang jentolaknya sehingga menggilis mangsa.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI