SUDAH lumrah menjadi anak seni, pasti ada sahaja netizen yang menyamakan wajah artis kegemaran mereka dengan individu lain.
Kini, pelakon yang popular dengan siri i-Tanggang pula menjadi pilihan netizen iaitu Emma Sofea yang dikatakan iras anak perempuan Hanis Zalikha iaitu Alisa Aisyah.
Bukan sahaja wajah, malah cara percakapan juga dikatakan seperti si cilik popular itu.
“Muka hampir sama dengan anak Hanis yang perempuan itu.
“Sudah cakap wajah mereka berdua hampir sama. Cara percakapan pun sama!” kata seorang netizen.
Selain Alisa, wajah Emma juga dikatakan mempunyai iras Neelofa. Betul ke?