MESKIPUN dilihat sudah tidak begitu aktif, ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon sekali lagi membuktikan popularitinya.
Kali ini, G-Dragon membuktikan dirinya masih lagi berpengaruh bukan setakat di Korea Selatan malah di Republik China.
Hasil carian akhir tahun untuk enjin carian terbesar di China, Baidu, merekodkan 580 juta pengguna aktif bulanan untuk tahun 2021 telah dikeluarkan.
Biarpun tidak membuat kemunculan semula dan sudah lama tidak aktif dalam dunia hihuran, G-Dragon berjaya menduduki tempat pertama sebagai idola lelaki K-pop yang paling dicari pada tahun ini.
Tidak ketinggalan, anggota kumpulan EXO, Baek-hyun, Se-hun dan Chan-yeol, mengikuti G-Dragon masing-masing di tempat kedua, ketiga dan keempat.
Tae-hyung BTS pula selesa menduduki tempat kelima.
G-Dragon atau Kwon Ji-yong yang juga merupakan ketua kumpulan BigBang memulakan debut pada usia 13 tahun sebagai rapper termuda di Korea Selatan.