fbpx

PSG ada perancangan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA turut berada dalam senarai buruan PSG untuk mengemudi pasukan itu. - AFP

PARIS – Bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG), Fabrice Pancrate percaya Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo akan bersama pasukan itu pada tahun depan dengan dibimbing oleh jurulatih baharu, Pep Guardiola.

Sebagai rekod, masa depan Messi bersama Barcelona menjadi tanda tanya sementara itu Ronaldo pula masih belum memberi kepastian untuk kekal bersama Juventus selepas pasukan itu gagal menjuarai Liga Juara-Juara Eropah tahun ini.

Difahamkan, Pengarah Sukan PSG, Leonardo sudah meng­hubungi ayah kepada Messi, Jorge untuk mengetahui perkembangan terkini situasi penyerang antarabangsa Argentina itu yang dilaporkan berminat untuk berhijrah ke Manchester City.

Kata Pancrate, pelan ranca­ngan untuk PSG itu sudah ada kerana mereka bukan sahaja berminat untuk mendapatkan Messi, tetapi Ronaldo dan Guardiola juga berada dalam senarai idaman pasukan gergasi Liga Perancis itu.

“Saya pasti pengurusan sudah mempunyai perancangan untuk memujuk Messi ke PSG pada musim ini kerana mereka memberi jaminan bahawa Guardiola akan dibawa pada tahun depan.

“Selain itu, saya turut mende­ngar mereka berminat untuk menandatangani Ronaldo dan ia bakal menjadikan PSG sebuah pasukan impian dengan jentera serangan paling berbisa di dunia.

“Anda boleh bayangkan sendiri bagaimana Messi, Ronaldo, (Kylian) Mbappe dan Neymar dalam satu pasukan.

“Ia seperti fantasi bola sepak yang mungkin menjadi realiti tidak lama lagi sekiranya PSG melakukannya dengan baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI