ANGGOTA kumpulan Blackpink, Jennie tidak semena-mena diserang peminat V BTS.
Situasi tersebut berpunca daripada tindakan V yang secara tidak sengaja telah mengikuti akaun Instagram milik Jennie beberapa hari yang lalu. Selepas menyedari hal tersebut, V bertindak berhenti daripada mengikuti laman sosial gadis itu.
Belum sempat berbuat demikian, netizen pantas melakukan kerja menyebarkan tangkap layar memperlihatkan V mengikuti Jennie.
Selang beberapa jam, V menerusi aplikasi Weverse menjelaskan dia tidak sengaja mengikuti artis berkenaan dalam Instagram.
Biarpun sudah mendapat penjelasan, peminat tetap membanjiri Instagram Jennie untuk meninggalkan komen berbaur negatif.
Tindakan peminat V menimbulkan rasa simpati sebahagian netizen Korea yang menganggap Jennie sama sekali tidak bersalah dalam hal tersebut.
“Jennie tidak melakukan apa-apa tetapi dia diserang oleh peminat BTS yang menuduhnya cuba mendapatkan perhatian.
“V yang membuat kesilapan, tapi mengapa mereka menyerang Jennie?,” kata seorang ahli forum komuniti dalam talian tersebut.