fbpx

Esofagus melecur selepas telan bateri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah menelan sebiji bateri yang diperoleh daripada alat kawalan jauh daripada lampu malamnya. - SWNS

LONDON – Seorang kanak-kanak perempuan yang tertelan sebutir  bateri dalam satu kejadian di Scotland dijangka pulih selepas dia memuntahkan bahan toksik itu semula di sebuah hospital, lapor akhbar Metro UK semalam.

Sarah Wallace, 9, pada bulan lalu tanpa sengaja menelan bateri butang kecil itu dan memberitahu ibu bapanya tentang perkara itu sambil menjerit kesakitan. 

Kanak-kanak itu meletakkan bateri yang diperoleh daripada alat kawalan jauh lampu malam ke dalam mulutnya.

Bimbang dirinya akan dimarahi, dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibu dan bapa tirinya. 

Mereka menghubungi  talian kecemasan 999 dan 10 minit kemudian, Sarah mula menjerit dan memegang dadanya kerana bateri yang bocor itu telah menyebabkan esofagusnya terhakis.

Ibu Sarah, Joanne Wallace, dan suaminya, Jamie Longland kemudian membawa kanak-kanak itu ke Hospital Victoria.

Jelas Joanne, anaknya tidak berniat untuk menelan bateri itu yang mula ‘membakar’ esofagusnya. 

“Mangsa memuntahkan semula semula bateri itu ketika berada di hospital.

“Ia berwarna hitam dan biru serta telah bocor,” katanya.

Sarah masih mengambil ubat omeprazole bagi membantu dia pulih dan telah dibawa ke Hospital Diraja untuk Kanak-kanak di Edinburgh untuk penilaian.

Namun, memandangkan bateri tersebut hanya dibiarkan di dalam badannya selama satu jam, ia akan meninggalkan parut yang kecil dan tidak membahayakan nyawanya,” kata Joanne. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI