SIAPA yang mahu hidup dibelenggu kemiskinan tanPa ada perubahan ke arah lebih baik.
Itu yang dilalui seorang anak peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Mas Haryati Baharuddin, 29.
Bukan mudah untuk anak muda jati kelahiran Felda Raja Alias 1, Jempol, Negeri Sembilan itu meloloskan diri daripada kepompong kesusahan untuk bergelar seorang yang berjaya.
Perlahan demi perlahan dia mula menyusun langkah untuk mengubah nasib hidupnya hinggalah berjaya menubuhkan legasi perniagaan sendiri, Fillea Health & Beauty Sdn. Bhd., yang mengeluarkan barisan produk berjenama Fillea sekali gus bergelar pengasas.
“Ya jujur saya katakan saya memang berasal daripada keluarga susah. Ibu saya hanya bekerja sebagai penjual nasi lemak di tepi jalan dan bapa pula sebagai pesara tentera.
“Hasil wang kedua-dua itulah ibu bapa besarkan kami enam beradik dan kami tak pernah malu malah terhutang budi dengan jasa serta pengorbanan orang tua.
“Saya pula anak bongsu memang selalu ikut dan teman bantu ibu berniaga. Jadi dari kecil, saya sudah terbiasa dengan selok-belok perniagaan dan daripada situ minat untuk berniaga itu mula berputik dengan sendiri,” katanya membuka bicara bersama Aura baru-baru ini.
Meneruskan perbualan, Mas Haryati yang sebelum ini pernah bekerja sebagai ejen insurans am dan berpengalaman selama separuh dekad itu mula memikirkan untuk mencari kerja yang boleh menjamin masa depannya.
“Habis sahaja belajar di peringkat diploma, saya mula kerja sebagai ejen insurans dan pada masa sama ada juga jual pakaian yang saya ambil terus dari negara jiran, Siam.
“Tapi lama kelamaan kerja itu buatkan saya mula rasa bosan dengan pulangan yang begitu terhad. Pada masa itu juga saya dan suami baru sahaja mendirikan rumah tangga dan kami ambil keputusan untuk berhenti dan mulakan perniagaan,” katanya.
Meneruskan perkongsian, Mas Haryati berkata, Fillea mula ditubuhkan pada tahun 2019 setelah mencapai kata sepakat bersama suaminya.
“Fillea lebih memfokuskan kepada produk makanan tambahan atau suplemen yang membantu individu mengawal berat badan sekali gus memiliki tubuh badan langsing.
“Dulu saya sendiri pun gemuk dan sebelum mengandung berat badan saya pernah mencecah lebih daripada 60 kilogram.
“Justeru dari situ, saya mula mencuba dan mencari satu produk yang boleh membuatkan kita jadi cepat kenyang dan pada masa sama mengurangkan masalah keluar masuk ke tandas untuk tujuan perkumuhan.
“Berdasarkan kajian, produk yang membuatkan seseorang membuang air dengan kerap bukanlah berpunca daripada lemak, tetapi itu hanya hampas makanan. Kalau kita membuang menerusi air kencing, keringat ataupun peluh itu adalah proses pembakaran lemak,” ujarnya.
Jelas Mas Haryati, hampir tiga tahun mengasaskan perniagaan dan bermain dengan sepak terajang dalam apa yang diusahakan, dia kini mampu tersenyum kerana produknya kian dikenali dan mampu berkongsi rezeki dengan sesiapa sahaja.
Ditanya mengenai rahsia kejayaan sehingga mampu ke tahap sekarang, Mas Haryanti senantiasa berpegang dengan prinsip tidak pernah putus asa dalam apa jua yang dilakukan.
“Apa yang saya dan suami buat adalah fokus kepada penyelesaiaan masalah dan jangan sesekali putus asa dan mudah mengalah walaupun gagal.
“Sebagai ketua, kita sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja kerana mahu melahirkan suasana selesa antara pekerja dan majikan,” ujarnya.
Tidak hanya sekadar perniagaan dan mengejar keuntungan semata-mata, Fillea turut berkongsi rezeki kepada sesiapa sahaja yang ingin menjana serta menambah pendapatan sampingan bersama mereka.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 019-2016 659 atau 017-6627 633 serta menerusi laman sesawang www.filleahq.com atau Facebook dan Instagram filleahq.my. – K! ONLINE