PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa terharu bercampur gembira apabila dapat berjumpa dengan anak angkatnya, Nur Firuza Amira yang kini berusia 13 tahun.
Terdahulu, kisah Amira pernah tular di media sosial apabila ibu bapanya terlibat dalam satu nahas kemalangan di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada enam tahun lalu ketika dia berusia tujuh tahun.
“Kalau kalian semua masih ingat, Amira menjadi yatim piatu apabila kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya DUKE pada tahun 2015.
“Kini enam tahun peristiwa hitam itu sudah berlalu,” katanya dalam satu kenyataan yang di muat naik di Facebook.
Beliau turut berkongsi video pertemuannya dengan Amira dalam Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di ibu negara semalam.
“Saya doakan Amira sentiasa sihat dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya.
“Atuk sayang Amira,” katanya. – K! ONLINE