fbpx

La Liga pula halang Messi berhijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI berdepan kesulitan untuk meninggalkan Barcelona selepas La Liga turut campur tangan. – AFP

MADRID – Hasrat Lionel Messi untuk meninggalkan Barcelona pada jendela perpindahan kali ini mungkin tidak tercapai apabila pengurusan tertinggi La Liga mula campur tangan dalam isu berkenaan.

Sebelum ini Messi menyatakan dia mahu keluar dari Camp Nou dengan mendakwa klausa dalam kontraknya membenarkan dia untuk keluar secara percuma pada setiap penghujung musim.

Meskipun klausa tersebut dikatakan sudah melepasi tarikh akhir, namun peguam yang mewakili Messi mendesak Barcelona agar menghormati kontrak tersebut memandangkan s­aingan musim ini terganggu akibat Covid-19.

Bagaimanapun, La Liga memberi sokongan penuh kepada skuad The Catalan apabila menegaskan klausa tersebut tidak luput dan pasukan berminat perlu membayar klausa pelepasan £625.4 juta (RM3.5 bilion).

“Berhubung isu kontrak antara Lionel Messi dan Barcelona yang tersebar di media, La Liga mahu membuat penjelasan. Kontrak tersebut masih sah dan memiliki klausa pelepasan.

“Justeru, La Liga tidak membenarkan proses menarik balik pendaftaran pemain sekiranya jumlah yang tertera dalam klausa pelepasan tidak dibayar sepenuhnya,” kata La Liga dalam satu kenyataan.

Campur tangan pengurusan tertinggi liga Sepanyol hadir selepas pemenang enam kali Ballon d’Or itu gagal melaporkan diri bagi menjalani ujian Covid-19 di kompleks latihan Barcelona.

Difahamkan, wakil Messi akan melakukan perjumpaan de­ngan pegawai Barcelona minggu depan, namun kelab itu dikatakan enggan berjumpa melainkan bagi membincangkan mengenai kontrak baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI