fbpx

Polis cekup pemandu Perodua Kenari lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu kereta jenis Perodua Kenari yang ditahan.

GEORGE TOWN – Polis menahan pemandu sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang didakwa dipandu secara melawan arus di Jalan Persiaran Mahsuri 2, Bayan Lepas dekat sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md. Zain berkata, pemandu lelaki tersebut ditahan di Jalan Paya Terubong di sini oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya sejurus kejadian itu tular di media sosial Facebook semalam.

Sebuah kereta dikesan dipandu melawan arus di Jalan Persiaran Mahsuri 2 di Bayan Lepas semalam.

“Video berdurasi 18 saat itu dikesan kira-kira pukul 4.30 petang semalam di Facebook.

“Ia memaparkan sebuah kereta Perodua Kenari berwarna biru dipandu secara melawan arus di Jalan Persiaran Mahsuri 2,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jafri, pemandu itu telah dibawa ke Balai Polis Bayan Lepas untuk tindakan selanjutnya di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis turut menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI