fbpx

Cuaca cerah hampir keseluruhan negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hampir keseluruhan negeri menunjukkan cuaca cerah pagi ini kecuali beberapa kawasan di sepanjang pesisir Pantai Timur Semenanjung yang dilanda hujan lebat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebooknya memaklumkan, keadaan hujan lebat itu dijangka berakhir menjelang tengah hari nanti.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca berbeza bagi negeri Sabah dan Sarawak pagi ini.

“Hujan lebat berlaku di kebanyakan kawasan sekitar Kudat, Sandakan dan Lahat Datu di Sabah.

“Di Sarawak, cuaca yang sama melibatkan kawasan Kuching, Serian dan Samarahan,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, keadaan buruk itu mampu berterusan sepanjang hari bagi kedua-dua negeri tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI