fbpx

17 kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kluster baharu meningkat hari ini dengan 17 kluster dilaporkan, menjadi antara penyumbang kepada  5,446 kes harian negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 20 kes import dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak  2,678,465 kes.

“Terdapat 88 kes (1.6  peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta  5,358  kes  (98.4  peratus)  kategori satu dan dua.

“Kes sembuh mencatatkan sebanyak 5,427 kes manakala, jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 ialah 2,586,822 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 419 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 232 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI