fbpx

Saintis cuba halang anak divaksin gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut halaman Facebooknya, Donald Figer berkhidmat sebagai pengarah di Institut Teknologi Rochester di Upstate New York. - Facebook

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang hakim di New York memutuskan untuk berpihak kepada seorang wanita bagi memvaksinasi anak perempuannya yang berusia 11 tahun walaupun dibantah suaminya semasa kes perceraian mereka yang berlarutan di mahkamah, lapor laman berita RT News semalam.

Hakim Mahkamah Agung Daerah Monroe, Richard Dollinger memberitahu bapa kanak-kanak tersebut, Donald Fider bahawa anak perempuannya akan divaksinasi atas permintaan isterinya. Dia menceraikan wanita itu pada  pada 2012. 

Mahkamah menolak hujah Figer yang merupakan seorang saintis dan professor bahawa dia tidak mahu anak perempuannya diberikan pelalian kerana bimbang akan keselamatan dan tahap keberkesanan vaksin Covid-19 sedia ada. 

Dollinger bagaimanapun berkata, adalah tidak munasabah untuk lelaki itu ragu-ragu akan perkara tersebut.

‘’Pendapat lelaki ini tidak dapat dipertahankan di saat koronavirus berada di mana-mana. Bukti saintifik yang diutarakannya tidak mencapai standard yang sah,’’ kata hakim dalam keputusannya.

‘’Ibu kanak-kanak ini diarah untuk membuat janji temu secepat mungkin untuk mendapatkan  vaksin sesuai dengan peringkat umurnya,’’ jelas keputusan itu lanjut.

Menerusi afidavitnya (dokumen sumpah), Figer menyatakan bahawa vaksin yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) ‘tidak berupaya mengatasi kesan jangka masa panjang’ selain mendakwa bahawa kanak-kanak sekitar umur anaknya tidak terkesan dengan virus Covid-19.

Dollinger turut hairan bagaimana seorang saintis boleh berpendapat sedemikian. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI