fbpx

PPj rangkul 3 anugerah mampan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Azmi (dua kiri) menyampaikan anugerah dan sijil penghargaan MURNInets 2.0 kepada wakil daripada Indah Water Konsortium Sdn Bhd pada Majlis Penyampaian Anugerah Bandar Mampan 2021 dan Penghargaan Terbaik SDG11 Tahun 2021, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) sekali lagi berjaya mengekalkan status Bandar Mampan Malaysia sejak tahun 2012 hingga kini sekali gus turut meraih tiga anugerah cemerlang iaitu Anugerah Bandar Mampan Malaysia, Amalan Terbaik SDG11 dan ASEAN Placemaker Award.

Presidennya, Datuk Muhammad Azmi Mohd. Zain berkata, kejayaan itu diperolehi menerusi skor MURNInets 2.0 dengan jumlah markah 99.78 peratus dan PPj kini berada di kedudukan pertama diikuti oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri juga Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

“PPj telah berjaya meraih tiga anugerah utama tahun ini malah turut berjaya memperolehi Anugerah Bandar Mampan Malaysia buat yang pertama kali sejak penubuhannya.

“Sebanyak 127 bandar dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dinilai status kemampanannya secara tahunan berdasarkan 39 indikator Bandar Mampan Malaysia oleh pihak PLAN Malaysia dan tahun ini PPj telah berjaya meraih tempat yang pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Bandar Mampan 2021 dan Penghargaan Terbaik SDG11 Tahun 2021 di Presint 4 di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia, Dr. Shamsaini Shamsuddin.

Jelas Muhammad Azmi, bagi penghargaan Amalan Terbaik SDG11, PPj berjaya mencapai skor tertinggi bagi 13 indikator MurniNets yang berkaitan dengan SDG11 iaitu menjadikan bandar dan penempatan inklusif selain selamat, berdaya tahan dan mampan menjadi teras pembangunan Putrajaya.

“Penganugerahan ini juga berikutan amalan PPj dalam kawalan perancangan pembangunan yang baik melalui perancangan gunatanah pembangunan dengan lebih sistematik, dinamik dan responsif,” katanya.

Tambah Muhammad Azmi, anugerah Penghargaan Placemaking Award untuk Kebun Komuniti Presint 16 pula adalah menerusi penglibatan PPj dalam pertandingan Placemakaer Awards ASEAN 2021 yang bertujuan meraikan dan pengiktiraf inisiatif juga usaha semua pihak di rantau ASEAN dalam menambahbaik, mengindahkan serta menghidupkan ruang juga kawasan awam sedia ada. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI