fbpx

Hwang Jung-eum kembali bahagia, tak jadi bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HWANG JUNG-EUM

MEMANG tidak dapat dinafikan kalau sudah namanya rumah tangga pasti ada sahaja pasang surutnya.

Situasi tersebut juga dilalui aktres Hwang Jung-eum selepas mahligai yang dibina sebelum ini hancur berkecai dan hampir menemui jalan akhir iaitu perpisahan.

Bagaimanapun, mungkin hasil kesabaran dan komitmen kedua-dua pihak terhadap cahaya mata yang disayangi, hubungan mereka akhirnya dapat diselamatkan.

Masing-masing bersetuju untuk tidak bergaduh dan kembali menjalani hidup bersama secara sediakala.

Terbaharu, pelakon wanita itu ada berkongsi gambar keluarganya dalam Instagram. Dari situ, jelas terpancar kebahagiaan pada wajah mereka semua.

Rata-rata peminat gembira dengan rumah tangga pasangan tersebut yang dilihat semakin baik dan bahagia kini.

Tidak setakat gambar baharu, malah beberapa foto lama turut dimuat naik oleh Jung-eum menerusi InstaStory buat peminatnya.

Selepas berbaik dan sepakat untuk hidup bersama, aktres itu juga dikatakan sedang menantikan cahaya mata kedua mereka setelah sah hamil Oktober lalu.

Untuk rekod, Jung-eum dan suaminya yang dikenali sebagai Lee Young-don berkahwin pada 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada Ogos 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI