fbpx

3,773 jenazah Covid-19 diuruskan Jawi, Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jawi turut meraikan kira-kira 203 orang Pasukan Petugas Khas Pengurusan Jenazah Covid-19 pada majlis apresiasi di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam.

PUTRAJAYA – Pasukan Pengurusan Jenazah Khas Covid-19 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah menguruskan 3,773 jenazah Covid-19 setakat semalam.

Jawi menerusi satu kenyataan hari ini berkata, jumlah jenazah yang dikendalikan itu adalah dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Daripada jumlah itu, 1,573 jenazah adalah warga asing,” katanya.

Dalam pada itu, Jawi turut meraikan kira-kira 203 orang Pasukan Petugas Khas Pengurusan Jenazah Covid-19 pada majlis apresiasi di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis berkenaan dianjurkan bagi menghargai jasa dan bakti yang telah disumbangkan oleh petugas barisan hadapan Covid-19 Jawi dan Jakim sepanjang tahun 2021.

Program itu turut disertai Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail dan Pengarah Pengurusan Masjid Angkatan Tentera Malaysia, Kolonel Hamzah Adam.

Majlis turut disertai 120 petugas pengurusan Covid-19, 54 pemandu jenazah dan 29 sukarelawan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) serta wakil Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI