fbpx

Syahira ‘hilang’ selepas kali terakhir dilihat menaiki Kembara maroon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syahira yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu dikatakan kali terakhir dilihat menaiki kereta Perodua Kembara.

KOTA TINGGI – Sebuah keluarga di Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi di sini buntu selepas salah seorang ahli keluarga mereka iaitu seorang remaja perempuan hilang sejak lebih dua minggu lalu.

Syamimi Madzalan, 35, berkata, kehilangan adiknya, Syahira, 18, mula disedari oleh ibunya pada 23 November yang lalu.

Katanya, kira-kira pukul 5 petang ibu memberitahu abangnya berkenaan adik mereka yang tiada di dalam bilik.

“Masa itu mak beritahu dia mahu panggil adik untuk buat air namun adik tak ada di dalam bilik. Mak juga ada maklumkan kali terakhir dia lihat adik keluar menaiki kereta jenis Perodua Kembara berwarna merah hati (maroon).

“Masa itu mak tak pasti nombor kenderaan dinaiki. Jiran juga memaklumkan tidak nampak siapa selain adik yang berada di dalam kereta,”katanya dihubungi di sini.

Katanya, pakaian terakhir yang dipakai adiknya semasa keluar adalah baju t-shirt berwarna hitam, seluar slack dan bercermin mata serta tidak bertudung.

Tambahnya, adiknya yang merupakan anak terakhir dari lima beradik mempunyai ketinggian dianggarkan 153 cm dan merupakan seorang yang berbadan kurus.

“Saya duduk di Kulai tetapi seminggu sekali akan balik. Beberapa hari sebelum adik hilang juga saya ada di kampung.

“Adik memang tidak ada masalah di rumah. Mak beritahu dia berbual seperti biasa sahaja sebelum itu. Kami juga tak tahu siapa yang membawanya menaiki kereta itu.

“Kami sekeluarga terutamanya mak dan abah amat risaukan keselamatannya. Pelbagai ikhtiar juga kami lakukan untuk mencari adik dan berharap dia akan pulang,”katanya lagi.

Katanya susulan itu satu laporan polis juga telah dibuat oleh keluarganya berkenaan kehilangan Syahira di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan Syahira boleh hubungi keluarganya ditalian 010-4111635 atau 013-4030156.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI