fbpx

‘Tidak rasa Siti Sarah sudah tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB

PETALING JAYA – “Tidak rasa Siti Sarah sudah tiada tetapi perlu terima hakikat yang arwah memang telah pergi.”

Itu ayat yang terbit dari bibir pelawak dan usahawan terkenal Shuib, 37, ketika berkongsi situasinya selepas 121 hari pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Katanya, dia harus menerima hakikat isteri tercinta sudah tiada walaupun kadangkala terasa seperti arwah berada di sisinya.

“Saya memang sedang melalui fasa syukur dan gembira dengan apa yang sedang dimiliki serta berlaku ketika ini.

“Hari ini (semalam) cukup 121 hari pemergian dia. Sebenarnya tidak rasa pun macam dia tiada tetapi perlu terima hakikat bahawa arwah sudah pergi,” katanya dalam sebuah program hiburan malam tadi.

Akuinya, dia berasa sedikit janggal untuk melakukan sesuatu perkara atau ke sesebuah lokasi yang sebelum ini akan dihadiri bersama Siti Sarah.

Namun, disebalik kesedihan tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad tetap bersyukur kerana Tuhan tidak pernah berhenti memberi banyak rezeki buatnya dan keluarga.

“Hari ini (malam tadi) pun datang sini, memang jarang buat benda tiada dia sebab banyak yang kami lakukan bersama. Memang rasa pelik tetapi ‘jalan’ saja.

“Sememangnya Allah SWT Maha Baik, walaupun Dia buat kita melalui perkara yang tidak okey tetapi jika difikir semula, sudah terlalu banyak yang Dia beri,” kata Shuib lagi.

Dalam pada itu, aktres Ummi Nazeera yang juga pengacara jemputan sempat menitipkan kata-kata semangat dan kagum dengan semangat anggota kumpulan Sepahtu itu dalam mengharungi dugaan dilaluinya.

“Saya sebenarnya sangat kagum dengan kecekalan hati Shuib sebagai bapa tunggal dan pasti ramai yang jadikan anda sebagai inspirasi.

“Contohnya, jika saya ‘pergi’ dulu satu hari nanti dan suami perlu menjaga anak-anak kami, saya mahu dia melihat cara Shuib menjaga anak-anak serta keluarga.

“Awak telah menjadi seorang bapa yang menakjubkan dan saya sangat kagum serta Insya-Allah arwah sangat bangga,” ujar pelakon filem Bisik Pada Langit itu.

Terdahulu, negara digemparkan dengan berita kematian Siti Sarah, 37, pada 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI