PUTRAJAYA – Sebanyak 5,446 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,678,465 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter hari ini. – K! ONLINE