fbpx

Mahsuri Food komited bantu pelarian Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jazri (kiri) menyerahkan bantuan 1,200 botol kicap manis pedas Mahsuri kepada Pengerusi MAHAR, Jismi Johari.

KUALA LUMPUR – Syarikat Mahsuri Food Sdn. Bhd. terus komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyalurkan bantuan menerusi program Bantuan Bakul Makanan Mahsuri Food kepada pelarian Syria.

Ketua Komersialnya, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz berkata, program itu turut mendapat kerjasama daripada sebuah anak syarikat Air Asia, ikhlas.com dan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR).

Jelasnya, program tersebut merupakan gabungan kali pertama Mahsuri Food dan MAHAR.

“Ini adalah CSR pertama kita dengan MAHAR dalam membantu pelarian Syria di negara Malaysia.

“Hari ini Mahsuri Food telah menyumbang sebanyak 1,200 botol kicap manis pedas bersaiz 145 ml untuk diagihkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Komersial ikhlas.com, Mohd. Nor Effendi Yahya berkata, bantuan akan disalurkan kepada pelarian Syria di sekitar Kajang pada Jumaat ini.

“Selain itu, ikhlas.com telah melancarkan platform sedekah yang mengumpul dana secara online dengan tujuan untuk membantu organisasi yang ingin melaksanakan kempen sedekah mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI